FAKULTI SAINS BUMI
Universiti Malaysia Kelantan

Visi


"Pelopor dalam memajukan ilmu dan teknologi sumber asli secara lestari melalui keusahawanan"

Misi


  • Menyediakan pendidikan dan latihan yang berkualiti bagi melahirkan sumber manusia dalam bidang keusahawanan sumber asli dan alam sekitar
  • Menjalankan penyelidikan yang berinovasi dan lestari ke arah penjanaan kekayaan 
  • Menyediakan pengkhidmatan kepada masyarakat melalui pengembangan dan penyebaran pengetahuan dan kemahiran

Objektif


  • Mengembangkan pengetahuan dan kefahaman mengenai sumber asli bumi perubahan alam sekitar dan sains kelestarian melalui penyelidikan  yang berintegrasi dan bersaintifik
  • Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, sekata dan produktif yang menyokong penyelidikan asas dan menggalakkan kerja berpasukan
  • Mengintegrasikan bidang sains bumi dan disiplin lain bagi menangani sebarang masalah yang timbul demi kepentingan akademik, intelektual dan masyarakat
  • Mengukuhkan hubungan antara fakulti dan jangkauan university melalui alumni dan jaringan kerjasama
  • Meningkatkan pembiayaan luar dan sokongan untuk penyelidikan, pengajaran dan jangkauan