PELAKSANAAN PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS OLEH PELAJAR PRASISWAZAH BAGI SEMESTER PENDEK SESI 2023/2024
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa, pihak Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA) dengan kerjasama Pusat Komputeran dan Informatik (CCI) telah membuka Sistem Penilaian Pengajaran Kursus bagi Pelajar Prasiswazah Semester Pendek Sesi 2023/2024 (termasuk pelajar Prasiswazah Separuh/Sepenuh masa di Pusat Pendidikan Luar UMK - UMKCEE) melalui platform LMS eCampus untuk proses penilaian bermula pada 19 - 30 September 2024 (jam 11.59 malam).
3. Bersama-sama ini dilampirkan memo berkaitan untuk hebahan dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.
Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.