"Pelopor dalam memajukan ilmu dan teknologi sumber asli secara lestari melalui keusahawanan"
Misi
Menyediakan pendidikan dan latihan yang berkualiti bagi melahirkan sumber manusia dalam bidang keusahawanan sumber asli dan alam sekitar
Menjalankan penyelidikan yang berinovasi dan lestari ke arah penjanaan kekayaan
Menyediakan pengkhidmatan kepada masyarakat melalui pengembangan dan penyebaran pengetahuan dan kemahiran
Objektif
Mengembangkan pengetahuan dan kefahaman mengenai sumber asli bumi perubahan alam sekitar dan sains kelestarian melalui penyelidikan yang berintegrasi dan bersaintifik
Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, sekata dan produktif yang menyokong penyelidikan asas dan menggalakkan kerja berpasukan
Mengintegrasikan bidang sains bumi dan disiplin lain bagi menangani sebarang masalah yang timbul demi kepentingan akademik, intelektual dan masyarakat
Mengukuhkan hubungan antara fakulti dan jangkauan university melalui alumni dan jaringan kerjasama
Meningkatkan pembiayaan luar dan sokongan untuk penyelidikan, pengajaran dan jangkauan
OBJEKTIF KUALITI
Semakan semula kurikulum bagi semua program akademik dilaksanakan setiap 5 tahun.
80% staff mendapat markah LNPT sekurang-kurangnya 85%.
75% daripada pensyarah berkelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
Sekurang-kurangnya 90% graduan mendapat pekerjaan setelah 6 bulan bergraduat.
65% pensyarah sebagai penyelidik utama (PI) dalam geran penyelidikan.
Skor penilaian pengajaran kursus oleh pelajar sekurang-kurangnya mencapai skala 4.0 untuk semua kategori penilaian (kursus, pensyarah, fasiliti, e-pembelajaran, ketelusan menjawab).