BENGKEL HALATUJU FAKULTI SAINS BUMI 2025

Pada tanggal 19 dan 20 Januari 2025, Bengkel Halatuju Fakulti Sains Bumi 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Annona/ Bilik Baccaurea PPKJ. Bengkel ini dihadiri oleh kesemua warga staf Fakulti Sains Bumi. Bengkel ini merupakan inisiatif penting dalam menyusun strategi untuk pelaksanaan tugas-tugas dengan lebih efektif dan mencapai sasaran tahunan fakulti.

Diharapkan dengan penganjuran bengkel halatuju ini, kesemua warga FSB mendapat nilai tambah untuk menjadi kakitangan yang lebih berdedikasi dan berdaya saing dalam bersama-sama menggembleng tenaga untuk memastikan kecemerlangan FSB di masa akan datang.