Program Geosains di UMK adalah program berasaskan keusahawanan yang tidak pernah ditawarkan oleh Universiti Awam di Malaysia. Program ini menekankan aspek keperluan industri, sumber semula jadi dan keusahawanan dan menggabungkan aspek sains, sosial dan ekonomi. Para graduan dijangka akan mengkhususkan diri dalam pengurusan sumber-sumber geologi semulajadi untuk memastikan kesinambungan sumber daya untuk manfaat masa depan.
Selepas tamat pengajian, semua mahasiswa dalam bidang ini akan diminta sebagai profesional dalam kedua-dua sektor sama ada sektor kerajaan (iaitu ahli geologi, pegawai sains, penyelidik, pensyarah, pegawai perlombongan, perunding) dan sektor swasta (iaitu Geologis Petroleum, Geofizis, Mineralogis, Hidrogeologis) juga Agensi dan Badan Berkanun.
| - |