Assalamualaikum dan salam sejahtera warga UMK Jeli dan komuniti setempat,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pada 7 Disember 2025, satu program istimewa iaitu Conservation Is Conversation (CIC 2025) akan berlangsung di Perpustakaan UMK Kampus Jeli bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pelbagai aktiviti menarik, ceramah, bengkel, pameran serta hadiah menanti para peserta. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program dan menyertai pertandingan yang telah disediakan.
Berikut merupakan pertandingan dan aktiviti pada hari tersebut:
1. Animal Enrichment Workshop (11.00 pagi)
2. Minecraft: Champions of Terra (12.00 tengah hari)
3. Unfolding Nature (Treasure Hunt) (1.00 petang)
4. The Conserv-Art-tionist Mission (2.00 petang)
5. Walk The Green Runway: “When Fashion Meets Nature” (3.00 petang)
6. Jelajah Dunia Bingo (4.00 petang)
Semoga berjaya kepada semua peserta!
Terima kasih atas sokongan anda.
#ConservationIsConversation
#CIC25