Conservation Is Conversation (CIC 2025)
Pada 7 Disember 2025, program Conservation Is Conversation (CIC 2025) telah berjaya dilaksanakan selama satu hari di Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli.
Pelbagai aktiviti yang bersifat informatif dan interaktif telah dianjurkan, termasuk Animal Enrichment Workshop, Minecraft: Champions of Terra, serta Treasure Hunt (Unfolding Nature).
Program ini telah disertai oleh individu daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang, sekali gus menggalakkan penglibatan komuniti secara lebih meluas. Adalah diharapkan bahawa inisiatif berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar seperti ini akan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh kelestarian alam sekitar pada masa hadapan.


/WhatsApp Image 2025-12-09 at 2.51.49 PM.jpeg)
-2025-EAST-COAST-REGIONAL-COMPETITION/PBCSC 2025 - ECOMETRICS.jpeg)
-3.0/FIOREAIRE.jpeg)