TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA KE PROGRAM PERTANDINGAN PROTON BUSINESS CASE STUDY CHALLENGE (PBCSC) 2025 PERINGKAT WILAYAH PANTAI TIMUR

Proton Holdings Berhad akan mengadakan Proton Business Case Study Challenge(PBCSC) 2025. Pertandingan ini merupakan platform kompetitif yang mencabar pelajar universiti untuk membangunkan penyelesaian strategik dan inovatif terhadap isu perniagaan sebenar yang dihadapi oleh Proton.

Satu startup pelajar Ecometrics  dari Fakulti Sains Bumi (FSB) telah terpilih untuk mewakili UMK ke Proton Business Case Study Challenge (PBCSC) 2025 peringkat wilayah Pantai Timur yang akan diadakan pada 30 November 2025 (Ahad) bertempat di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Kampus Gambang, Pahang.

Tahniah dan selamat maju jaya daripada kami semua di FSB!!