PERTANDINGAN AKHIR PROGRAM NATIONAL MICRO ENTERPRISE PITCHING COMPETITION (NMEPC) 3.0

PERTANDINGAN AKHIR PROGRAM NATIONAL MICRO ENTERPRISE PITCHING COMPETITION (NMEPC) 3.0

Syarikat Siswa Universiti (SSU) dari Fakulti Sains Bumi (FSB) telah mewakili UMK ke pertandingan akhir program NMEPC 3.0 yang diadakan pada 23 – 24 November 2025 (Ahad - Isnin) bertempat di Swiss Garden Hotel, Melaka .

FIOREAIRE
- Kategori Teknologi dan Inovasi

Program peringkat nasional anjuran KPT dengan kerjasama UTeM ini bertujuan untuk melatih, membimbing serta melahirkan lebih banyak syarikat pelajar, khususnya dalam usaha merangka model perniagaan baharu berteraskan teknologi dan inovasi serta memperkemaskan model perniagaan sedia ada melalui penambahan elemen teknologi dan inovasi dengan menggunakan kaedah BMC.