Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/fsbumkedu/public_html/templates/zo2_hallo/index.php on line 13
Sains Sumber Asli

Sains Sumber Asli

Pengenalan

Latar Belakang

Nama Program : Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) Dengan Kepujian
Kaedah Pengajian : Sepenuh Masa ( 8 Semester / 4 Tahun )
Jumlah Kredit : 131 ( 3 tahun kuliah dan 1 tahun praktikal industri )

Visi

Peneraju dalam mengekspoitasikan sumber asli untuk penjanaan aktiviti ekonomi negara di samping memastikan khazanah terpelihara

Misi 

  • Menyediakan ilmu pengetahuan dalam bidang sains sumber asli yang mengarah kepada keusahawanan supaya dapat mengoptimumkan pengunaan sumber asli dengan baik untuk menjana pendapatan Negara.
  • Menjalankan penyelidikan dan pengkomersialkan hasil penyelidikan untuk kelestarian manusia sejagat dan penjanaan ekonomi negara
  • Mendidik graduan supaya menghargai, melindungi dan menghayati alam sekitar dan sumber asli Negara yang merupakan bahan mentah yan g berharga untuk pembangunan ekonomi negara.

Objektif Program

Melahirkan graduan yang

  • Berpengetahuan dan berkompetensi secara teknikal dalam bidang sains sumber asli selaras dengan isu semasa yang berkaitan dengan sumber asli.
  • Berkebolehan melatih pelajar secara berkesan dalam asas kepemimpinan dan membina kemahiran berkomunikasi secara dalaman dan luaran dalam sesebuah organisasi.
  • Berkebolehan menyelesaikan masalah bidang sains sumber asli secara inovatif, kreatif dan beretika melalui pendekatan yang mapan pada masa hadapan.
  • Mampu membina kemahiran keusahawanan dan mengenalpasti keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang berjaya

Kenapa memilih Sains Sumber Asli ?

  • Hanya ada satu program ijazah seumpamanya di Malaysia yang menggabungkan elemen flora, fauna dan genetic dalam pengurusan sumber asli.
  • Menjadi penyumbang kepada pengurusan sumber asli bagi keseimbangan ekologi, ekonomi dan social.
  • Menekankan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dalam mendalami pengetahuan melalui kerjalapangan, perkongsian ilmu dengan agensi kerajaan, NGO dan industri.
  • Menjadi tenaga mahir dalam isu sains sumber asli di Malaysia dan Asia melalui struktur kurikulum pengajian 4 tahun yang berteraskan pengalaman dan kaedah inter-disiplin yang menyeluruh.

Publication1