Sains Kelestarian

Pengenalan

Latar Belakang

Nama Program : Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) Dengan Kepujian

Kaedah Pengajian : Sepenuh Masa

Nilai Kredit : 121

Visi

Peneraju  dalam pengurusan kelestarian merangkumi  alam sekitar, sosial, ekonomi dan governan untuk kehidupan yang sejahtera.

Misi

  • Menyediakan ilmu pengetahuan dan kepakaran yang berkualiti tinggi berteraskan pengurusan alam sekitar lestari (sustainable).
  • Menjalankan penyelidikan yang menyokong aktiviti pembangunan   lestari untuk keharmonian kehidupan manusia sejagat dan penjanaan ekonomi negara.
  • Menyediakan pelajar yang boleh memberi khidmat nasihat dan perundingan berkaitan aktiviti pembangunan lestari bagi memenuhi tanggungjawab sosial.

Objektif Program

Melahirkan graduan yang:

  • Berpengetahuan dan mempunyai kecekapan teknikal dalam bidang sains kelestarian untuk memenuhi keperluan industri lestari dan pembangunan sosio-ekonomi.
  • Berkeupayaan menyelesaikan isu berkaitan kelestarian secara inovatif, kreatif dan beretika melalui pendekatan yang lestari.
  • Mampu mengaplikasikan kemahiran keusahawanan dan mempamerkan kualiti kepimpinan yang baik dalam kehidupan sebenar untuk kemajuan kerjaya yang berjaya.

Hasil Pembelajaran Program

  1. Berkebolehan mempamerkan kefahaman dalam pengetahuan sains kelestarian dengan membantu menjalankan aktiviti pembangunan negara melalui kegiatan ekonomi yang tidak mengabaikan kepentingan alam sekitar mengikut ketetapan undang-undang alam sekitar.
  2. Menganalisis isu semasa dan berupaya mengkaji kaedah penyelesaian dan membuat keputusan secara inovatif dan kreatif dalam menangani permasalahan yang berkaitan dengan kelestarian sumber asli melalui kemahiran berfikir secara saintifik ke arah mewujudkan industri yang mesra alam.
  3. Berkemahiran sosial, kerja berpasukan dan mampu menyelesaikan masalah secara kreatif serta  berupaya menyumbang dalam menjamin kestabilan sektor ekonomi dalam proses perindustrian negara seiring dengan kelestarian alam sekitar.
  4. Menggunapakai ilmu pengetahuan, kemahiran teknikal yang tinggi dan pengalaman dalam bidang pengurusan alam sekitar dengan memberi tumpuan kepada menentukan kaedah penyelesaian permasalahan alam sekitar yang berkaitan dengan aktiviti pembangunan.
  5. Berkeupayaan untuk mempamerkan ciri kepimpinan dalam melaksanakan tugas dalam bidang sains kelestarian.
  6. Berkebolehan untuk menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, memberi maklum balas melalui penggunaan teknologi, aktif dalam perbincangan sama ada secara lisan dan bukan lisan sebagai pendekatan dalam berkomunikasi secara efektif khususnya dalam mendapat pandangan tentang keberkesanan sesuatu kaedah pengurusan ekosistem dan kelestarian alam sekitar yang boleh dikomersialkan.
  7. Melaksanakan tugas secara profesional, beretika, bertanggungjawab dan berakhlak mulia berlandaskan ilmu pengetahuan dalam bidang sains kelestarian.
  8. Berkebolehan untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam mempelbagaikan kaedah pengurusan dan penyelesaian masalah alam sekitar  secara berterusan melalui penyelidikan, ketetapan piawaian alam sekitar serta pandangan daripada masyarakat.
  9. Mampu mewujudkan kerjaya sendiri menggunakan ilmu pengetahuan dalam pengurusan dan keusahawanan melalui perusahaan dalam memberikan perkhidmatan perundingan alam sekitar, di samping dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada yang lain.

Kenapa perlu memilih Sains Kelestarian ?

  • Hanya satu program ijazah seumpamanya di Malaysia
  • Menggunakan kaedah pedagogi terkini untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan pengurusan sumber asli dan alam sekitar yang terbaik.
  • Menggunapakai kaedah inter-disiplin yang menyeluruh untuk menangani keperluan ekonomi, sosial dan saintifik dalam memahami isu kompleks, isu alam sekitar seperti
  • perubahan iklim, kualiti udara, penggunaan tanah, air, tenaga dan pengurusan sisa.
  • Menekankan pembelajaran melalui pengalaman menerusi kerja lapangan dan perkongsian ilmu bersama pentadbir, wakil industri, NGO dan tokoh penting dalam pengurusan sumber asli dan alam sekitar.
  • Menjadi tenaga mahir dalam isu alam sekitar, sumber asli dan polisi di Malaysia dan Asia. Setelah melalui program 4 tahun: program ini akan menyedia dan meningkatkan peluang pelajar untuk pekerjaan berkaitan di sektor alam sekitar dan sumber asli.
  • Menjadi penyumbang kepada pengurusan seimbang untuk kelestarian ekonomi, sosial dan alam sekitar bagi kesejahteraan hidup.

Buletin FSB

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 

Fakulti Sains Bumi,
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
Locked Bag 100,
17600 Jeli,
Kelantan.

Tel : +609 - 947 7030 | Fax: +609 - 947 7032