Geosains

Struktur Kurikulum

Latar Belakang

Nama Program : Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) Dengan Kepujian

Kaedah Pengajian : Sepenuh Masa

Nilai Kredit : 122

Visi

Cemerlang dalam pendidikan, dan penyelidikan keusahawanan bidang Geologi berasaskan teknologi maklumat geospatial yang terkemuka di peringkat global

Misi

  • Membangun Pusat Kecemerlangan Geologi berasaskan teknologi maklumat Geospatial
  • Memperkasakan pensyarah-pensyarah untuk mencapai kualiti bertaraf global
  • Menghasilkan graduan yang berkemahiran keusahawanan
  • Menghasilkan produk-produk penyelidikan yang berdaya saing
  • Menghasilkan graduan geologi yang kompeten dalam pasaran kerjaya
  • Memantapkan pengembangan aplikasi teknologi maklumat yang berhubungan dengan Geologi
  • Menghasilkan graduan yang berkemahiran insaniah 

Objektif Program Pengajian

  1. Melahirkan graduan yang mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk menjayakan kelestarian yang akan menjamin kepada kesinambungan sumber asli dan memastikan agenda pengurus sumber asli negara dan global khususnya dalam aspek sains, sosial dan ekonomi dapat dijayakan.
  2. Graduan yang mampu menghargai pentingnya sumber asli dalam menjamin kesejahteraan ekonomi Negara.
  3. Graduan yang mampu mengorganisasi dan merekabentuk industri sumber asli yang mesra alam tanpa menjejaskan sosio-ekonomi negara
  4. Graduan yang berkebolehan untuk mengembangkan Geosains melalui penyelidikan ke arah pendidikan sepanjang hayat dalam menghasilkan kaedah terkini pengurusan sumber asli mengikut peredaran masa.

Hasil Pembelajaran Program

  1. Berkebolehan mempamerkan kefahaman dalam pengetahuan Geosains dengan membantu menjalankan aktiviti pembangunan negara melalui kegiatan ekonomi yang tidak mengabaikan kepentingan alam sekitar  dan sumber asli mengikut ketetapan undang-undang negara.
  2. Menganalisis isu semasa dan berupaya mengkaji kaedah penyelesaian dan membuat keputusan secara inovatif dan kreatif dalam menangani permasalahan yang berkaitan dengan sumber asli melalui kemahiran berfikir secara saintifik ke arah mewujudkan pengurusan sumber asli yang lestari.
  3. Berkemahiran sosial, kerja berpasukan dan mampu menyelesaikan masalah secara kreatif serta  berupaya menyumbang dalam menjamin kestabilan sEGTor ekonomi dalam proses perindustrian negara seiring dengan kelestarian sumber asli.
  4. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan, kemahiran teknikal yang tinggi dan pengalaman dalam bidang pengurusan sumber asli dengan memberi tumpuan kepada menentukan kaedah penjanaan kekayaan negara yang berkaitan dengan aktiviti pembangunan.
  5. Berkeupayaan untuk memperagakan ciri kepimpinan dalam melaksanakan tugas dalam bidang Geosains.
  6. Berkebolehan untuk menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, memberi maklum balas melalui penggunaan teknologi, aktif dalam perbincangan sama ada secara lisan dan bukan lisan sebagai pendekatan dalam berkomunikasi secara efEGTif khususnya dalam mendapat pandangan tentang keberkesanan sesuatu kaedah pengurusan kekayaan sumber semula jadi yang boleh dikomersialkan.
  7. Melaksanakan tugas secara profesional, beretika, bertanggungjawab dan berakhlak mulia berlandaskan ilmu pengetahuan dalam bidang Geosains.
  8. Kebolehan untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam mempelbagaikan kaedah pengurusan dan penyelesaian masalah sumber asli  secara berterusan melalui penyelidikan, ketetapan piawaian alam sekitar serta pandangan daripada masyarakat.
  9. Mampu mewujudkan kerjaya sendiri menggunakan ilmu pengetahuan dalam pengurusan dan keusahawanan melalui perusahaan dalam memberikan perkhidmatan perundingan sumber asli, di samping dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada yang lain.

 

Buletin FSB

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 

Fakulti Sains Bumi,
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
Locked Bag 100,
17600 Jeli,
Kelantan.

Tel : +609 - 947 7030 | Fax: +609 - 947 7032