Sarjana Muda Sains Gunaan

Sains Sumber Asli

Latar Belakang

Programme Name : Bachelor of Applied Science (Natural Resources Science) with Honors

Learning Meathod : Full time

Total Kredit : 122

Sinopsis

Natural resources could create wealth but must be exploit sustainably. Therefore, the programme that we intend to introduce will give special attention to the use of science and technology towards maintaining a balance environment that will contribute to the development and formation of a technology-wise society. In line with the university's mission, vision and goals towards making UMK a centre of excellence in both academic and research in the area of Environmental Management, Natural resources and Entrepreneurship, this program will produce graduates who are knowledgeable and skilled to manage our natural resources effectively while maintaining the environment. The environment being an important component of life, while maintaining stability, natural resources potential will be optimized while maintaining possible economic growth. 

Visi

Peneraju  dalam mengeksploitasikan sumber asli untuk penjanaan aktiviti ekonomi negara di samping memastikan khazanah terpelihara.

Misi

• Menyediakan ilmu pengetahuan dalam bidang sains sumber asli yang mengarah kepada keusahawanan supaya dapat mengoptimumkan penggunaan sumber asli dengan baik untuk menjana pendapatan Negara.
• Menjalankan penyelidikan dan  pengkomersialan hasil penyelidikan  untuk kelestarian manusia sejagat dan penjanaan ekonomi negara.
• Mendidik graduan supaya menghargai, melindungi dan menghayati alam sekitar dan sumber asli Negara yang merupakan bahan mentah yang berharga untuk pembangunan ekonomi negara

Objektif Program Pengajian

1. Melahirkan graduan yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam mengeksploitasikan sumber asli untuk penjanaan aktiviti ekonomi negara di samping memastikan khazanah berharga ini terjaga.
2. Graduan yang mampu menjaga, menghargai, melindungi dan menghayati alam sekitar dan sumber asli negara sebagai satu komponen dalam kehidupan manusia bagi memastikan kelangsungan ekonomi yang stabil.
3. Memberi perhatian kepada aspek yang meliputi pengurusan taman dan kawasan terlindung, hidupan liar, dan pelancongan sumber asli supaya graduan yang dilahirkan dapat mengahayati dan mengharagai khazanah berharga ini seterusnya dapat mengurus dan mengusaha perniagaan berteraskan sumber asli dan menawarkan pekerjaan kepada masyarakat setempat.
4. Graduan yang akan dapat mengorganisasi dan merekabentuk industri yang mesra alam seiring pembangunan negara tanpa menjejaskan kelestarian khazanah bumi.
5. Memberi penekanan kepada sains sumber asli melalui penyelidikan ke arah pendidikan sepanjang hayat dalam menghasilkan kaedah terkini pengurusan sumber asli mengikut peredaran semasa.

Buletin FSB

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook

 

Fakulti Sains Bumi,
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,
Locked Bag 100,
17600 Jeli,
Kelantan.

Tel : +609 - 947 7030 | Fax: +609 - 947 7032