Youth Nature Camp

991Pada 6–9 April 2017, seramai 14 orang pelajar daripada Kelab Eco-friendly telah menyertai aktiviti Youth Nature Camp (YNC) 2017 yang telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam atau lebih sinonim dengan nama Malaysian Nature Society (MNS). Aktiviti ini dianjurkan dengan mengumpul semua pelajar yang berdaftar di bawah MNS Youth yang berlangsung selama 4 hari di Pulau Tinggi, Johor. Tema YNC2017 kali ini adalah Preserving Today for Tomorrow.

 

9

Youth Nature Camp (Ync) 2017 Di Pulau Tinggi, Johor

8

     lebih lagi pelajar dapat mengenali rakan-rakan lain yang  turut sama   menyertai.

 Tambahan pula pelajar dapat mengenali tentang kehidupan dasar laut   yang   selama ini hanya dilihat di dalam buku dan dipelajari secara   teori dalam kelas.   Aktiviti seumpama ini perlu dianjurkan lagi selain   ia menjadi program 2 dalam 1   iaitu melancong sambil menikmati dan   menghargai keindahan alam sekitar   ciptaan Tuhan.    

7

Antara aktiviti yang dijalankan selama empat hari perkhemahan ini adalah menyemai pokok bakau di tapak semaian, snorkelling untuk melihat keindahan hidupan marin di dasar laut, mengecat mural di tapak turtle hatchery serta menghasilkan miniature berupa haiwan ikon MNS iaitu Tapir serta penyu.

 Hasil maklumbalas yang diterima daripada pelajar yang menyertai aktiviti ini adalah ia adalah sangat menyeronokkan di samping memberi pengalaman yang menarik khususnya kepada pelajar Sains Sumber Asli lebih-

6

Lawatan Ilmiah Ke Loji Tenaga Solar di Pasir Mas, Kelantan

Pada 25 Oktober 2017, satu lawatan ilmiah telah diadakan ke Loji Solar di Pasir Mas. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif  kepada para pelajar yang mengikuti kursus elektif Sumber Global dan Perubahan Iklim (EKE 4153). Seramai 70 orang pelajar daripada dua program iaitu Sains Sumber Asli dan Sains Kelestarian bersama pensyarah pengiring, Dr. Norashikin Fauzi telah diberi taklimat ringkas oleh penyelia loji, En.Wan Shaifulbahri Ahmad. Para pelajar didedahkan dengan mekanisma penjanaan lektrik melalui tenaga solar yang boleh menjadi tenaga alternatif bagi arang batu dalam penjanaan elektrik di empangan. Menurut penyelia loji, tenaga solar yang dikumpul di loji ini akan disalurkan melalui kabel bawah tanah kepada Tenaga Nasional Berhad, Pasir Mas untuk diagihkan sebagai arus elektrik kepada penduduk di kawasan tersebut. Mereka juga turut diberi peluang secara praktikal untuk menentukan kedudukan panel solar  yang paling effisien dalam mengumpul tenaga solar yang paling maksimum.

 4