Ekspedisi Menjejak Bunga Rafflesia 2017

1212Kerajaan Negeri Kelantan melalui Majlis Daerah Gua Musang dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dan Pusat Penerangan Pelancongan  Negeri Kelantan (TIC) telah menganjurkan ‘XPDC Menjejak Bunga Rafflesia 2017’ yang bermula di Eco RnR Lojing, Gua Musang. Program ini telah disertai oleh lebih 100 orang peserta.

11

   Kerajaan Negeri Kelantan melalui Majlis Daerah Gua Musang dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menganjurkan ‘XPDC Menjejak Bunga Rafflesia 2017’ yang bermula di Eco RnR Lojing, Gua Musang. Program ini telah disertai oleh lebih 100 orang peserta. 47 daripada mereka adalah pelajar dari Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (Kampus Jeli) yang mengikuti program Sains Kelestarian. Ekspedisi ini turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, YBhg. Prof. Dr. Mohd Hassan bin Mohd Osman untuk bersama-sama pelajar dalam menjejaki bunga Rafflesia kerri. Matlamat utama ekspedisi ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta melihat sendiri bunga Rafflesia yang terdapat di Lojing. Selain itu, peserta juga akan diberi pendedahan mengenai ciri-ciri dan kepentingan bunga Rafflesia terhadap ekosistem hutan. Ekspedisi ini juga dijalankan agar peserta dapat menghayati dan menghormati keindahan flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan sepanjang ekspedisi. Akhir sekali, ekspedisi ini dijalankan agar dapat menguji dan mencabar ketahanan fizikal dan mental peserta untuk melihat bunga Rafflesia.