Geo-Family Anniversary: A Night to Remember

221Geo-Family Anniversary: A Night to Remember’ merupakan salah satu acara makan malam  tahunan anjuran bersama Program Geosains dan Kelab Eksplorasi FSB. Majlis makan malam ini diadakan di Dewan Serbaguna UMK Kampus Jeli bertujuan merapatkan hubungan sesama ahli kelab Eksplorasi, dengan para pensyarah serta alumni Geosains. 

 

2

    Geo-Family Anniversary: A Night to Remember’ merupakan salah satu acara makan malam tahunan anjuran bersama Program Geosains dan Kelab Eksplorasi FSB. Majlis makan malam ini diadakan di Dewan Serbaguna UMK Kampus Jeli bertujuan merapatkan hubungan sesama ahli kelab Eksplorasi, dengan para pensyarah serta alumni Geosains. Makan malam yang bertemakan ‘Colour Block’ ini telah diadakan pada 23 Mac 2017 dan dihadiri oleh 150 peserta yang terdiri daripada para pelajar Geosains, pensyarah dan ahli keluarga masingmasing serta alumni Program Geosains yang terdahulu. Majlis makan malam ini berjaya melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk semangat perpaduan antara semua peserta di samping meraikan ulang tahun Program Geosains yang ke-8. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk meraikan pelajar yang cemerlang dalam Program Geosains. 

21

Ekspedisi Mesozoik 2017

22Program Ekspedisi Mesozoik 2017 merupakan satu program yang julung kali diadakan oleh Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi dan Kelab Eksplorasi Universiti Malaysia Kelantan bagi mengkaji sejarah geologi Malaysia pada era Mesozoik di samping aktiviti rekreasi di gunung, sungai dan kawasan hutan. Program ini telah dijalankan pada 3 Ogos 2017 sehingga 14 Ogos 2017, bertempat di kawasan Aring, Paloh dan Taman Negara Kuala Koh, Kelantan. 

Terdapat penemuan beberapa fosil invertebrata dan tumbuhan. Walau bagaimanapun, fosil mikro seperti foraminifera disyaki dijumpai di kawasan kajian tetapi masih lagi dalam kajian makmal. Beberapa spesis fosil yang dijumpai harus dihantar kepada pakar paleontolgi untuk proses mengenal pasti fosil tersebut. Secara geologinya, kawasan ini memiliki kesamaan ciri batuan dengan kawasan Tasik Kenyir dengan penemuan sisa fosil dinosaur termasuk tapak kaki, tulang dan gigi dinosaur species Theropod, Iguanodontid dan Sauropod.

24

Ekspedisi Mesozoik ini diharap dapat mengungkap rahsia kehidupan dahulu dengan lebih teliti dan diharap dapat memberi satu penemuan baru dalam bidang geosains dan memperkenalkan lagi nama Universiti di peringkat global



Lawatan Ilmiah ke Agensi  Remote Sensing, Kuala Lumpur

31

Seramai 35 orang pelajar tahun dua Program Geosains bersama pensyarah pengiring Dr. Wani Sofia Udin telah mengadakan lawatan ilmiah ke Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 2 November dan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Kuala Lumpur pada 3 November. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar yang mengikuti kursus Penderiaan Jauh dan GIS.

33

Sepanjang lawatan ke INOS, para pelajar didedahkan dengan perihal operasi penerimaan data penderiaan jauh dan pemprosesan imej satelit oleh Encik Muhammad Izuan Bin Nadzri, Pegawai Penyelidik di Ground Receiving Station, INOS, UMT. Pelajar juga turut   diberikan penerangan yang komprehensif mengenai pengaplikasian penderiaan jauh serta peranan ARSM di Malaysia oleh Encik Ku Mohd Noh, pegawai di Jabatan Strategik dan Perhubungan Awam, ARSM.'