Bengkel Menggunakan Peralatan (XRD) dan (XRF)

29

Pada 30 September 2017, satu bengkel menggunakan peralatan X-ray Diffraction (XRD), X-ray Flourescence (XRF) dan mikroskop anjuran Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Kampus Jeli bagi 32 orang pelajar Program Geosains FSB telah dianjurkan. Penerangan berkaitan XRD dan

XRF dikendalikan oleh Dr. Muhammad Azwadi Sulaiman manakala Mikroskop oleh Dr. Nur Nabilah Shahidan. Pelajar diberikan penerangan yang mendalam tentang teori dan teknik penggunaan peralatan tersebut.  Tujuan penganjuran bengkel ini adalah untuk membantu pelajar terutama dalam membuat persediaan awal bagi projek tahun akhir mereka. Justeru itu, mereka perlu mempunyai kemahiran dalam merancang penggunaan alat dengan betul seperti penyediaan sampel, pentafsiran data dan penggunaan perisian yang terkini untuk penulisan tesis. Bengkel seperti ini mampu meningkatkan kualiti penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar walaupun masih diperingkat pra siswazah.