Program Geologi Malaysia


30

Program Geologi Malaysia anjuran Program Geosains FSB telah diadakan  selama 6 hari bermula daripada 5 sehingga 10 Mei 2017 yang melibatkan 69 orang pelajar dan 6 orang pensyarah. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai

geologi dengan lebih mendalam di samping memantapkan lagi kemahiran kerja lapangan mereka. Tempat yang terpilih yang telah dilawati oleh para pelajar adalah Terengganu, Perak, Pahang, Selangor, Kedah dan Johor. Sesi pembelajaran dan pengajaran di setiap tempat tersebut adalah berbeza dan bergantung kepada struktur serta persekitaran geologi yang terdapat di kawasan lapangan tersebut. Program ini memlibatkan gabungan tiga  kursus Geosains, iaitu kursus Geologi Malaysia dan Kerja Lapangan, Pengenalan Geowarisan dan Hidrogeologi.