Bengkel Penilaian KPI Sukuan ke-3

12

Satu Bengkel Penilaian KPI Sukuan ke-3 telah diadakan di Suria Resort Terengganu pada 12 Oktober 2017. Bengkel ini adalah bertujuan untuk menilai dan menyemak KPI staf akademik dan bukan akademik fakulti bagi sukuan ketiga. Dekan fakulti turut menyeru ahli fakulti agar terus berusaha dengan gigih bagi mempertingkatkan kualiti kerja samada dalam pentadbiran, pengurusan akademik, penyelidikan, inovasi, pembelajaran dan pengajaran demi kecemerlangan fakulti. Di samping itu sesi perbincangan di kalangan ahli fakulti yang hadir turut diadakan.

 

13

14

Pada 13 Oktober 2017, Kelab Kebajikan FSB telah menganjurkan Hari Keluarga bagi mngeratkan ukhwah dikalangan kakitangan fakulti bertempat di Suria Resort, Terengganu.