Bengkel Penyeliaan Efektif dan Menentukan Tahap Tesis

10

Satu Bengkel  Penyeliaan Efektif dan Menentukan Tahap Tesis telah dianjurkan pada  20 & 22 Ogos 2017. Seramai 47 orang ahli akademik fakulti hadir  yang terdiri daripada mereka yang masih mendalami ilmu penyeliaan pelajar prasiswazah. Hari pertama bengkel adalah memfokuskan kepada Penyeliaan Efektif yang diperincikan oleh Prof Dr. Abdul hamid Mar Iman. Antara topik yang dibentangkan adalah meliputi perspektif penyeliaan, peranan serta kemahiran sebagai penyelia, proses penyeliaan yang efektif serta etika penyeliaan. Hari kedua bengkel pula adalah sesi perbincangan mengenai Penentuan Tahap Tesis pelajar di FSB. Ini adalah sebahagian daripada usaha penambahbaikan buku panduan yang sedia ada.

 

 

 

11

Di samping itu, ahli akademik turut berpeluang membeli senaskah buku hasil nukilan penceramah yang bertajuk “ Kaedah Penyelidikan & Penulisan Laporan Projek Tahun Akhir”. Penceramah mempunyai pengalaman yang luas dalam Kaedah penyelidikan dan Tatacara Projek Sarjana Muda setelah berkecimpung dalam bidang akademik selama lebih tiga puluh tahun.