Bengkel Semakan Kurikulum Program Sains Sumber Asli (SEN)

5 Pada 29-31 Mei, Program Sains Sumber Asli (SEN) telah mengadakan bengkel semakan   kurikulum bagi program tersebut. Prof. Emeritus Dato Abdul Latiff Muhamad telah dilantik dan   dijemput sebagai penilai untuk menilai serta menyemak dokumentasi yang telah dihasilkan oleh   ahli akademik SEN sebelum dikemukakan kepada pihak MQA. Beliau juga turut meninjau  prasarana yang sedia ada seperti Makmal Pengajaran, Muzium Sumber Asli samada menepati   keperluan pengajaran dan pembelajaran program SEN di FSB.

 

 

 

9

Dalam usaha memantapkan kualiti dan kemahiran menulis tesis di kalangan calon pascasiswazah FSB, satu bengkel penambahbaikan cadangan penyelidikan dan penulisan tesis Sarjana telah diadakan pada 19-20 November. Penceramah jemputan adalah Profesor Dato’ Dr. Nik Muhamad Nik Abdul Majid. Beliau telah berkongsi pengalamannya selama lebih daripada 30 tahun sebagai penilai pascasiswazah di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.