30

Program Geologi Malaysia anjuran Program Geosains FSB telah diadakan  selama 6 hari bermula daripada 5 sehingga 10 Mei 2017 yang melibatkan 69 orang pelajar dan 6 orang pensyarah. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai

22

Program International Geomapping (IGGM) telah diadakan selama 12 hari di Gua Musang (28 Mac 2017 hingga 8 April 2017). Program International Geomapping Gua Musang (IGGM) merupakan program tahunan di bawah kelolaan Jabatan Geosains sebagai salah satu kerja lapangan untuk kursus Asas Pemetaan Geologi.

18Bersempena Hari Pehutanan Sedunia 2017, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Tesco Stores (M) Sdn Bhd telah mengadakan program penanaman pokok gaharu terbesar bertempat di Bukit Gaharu, UMK Kampus Jeli. Program dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perladangan MTIB Tn. Hj. Kamaruzaman. Program penanaman ini juga berjaya mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records. Sejumlah 6000 batang pokok karas ditanam pada hari tersebut melibatkan 400 orang pelajar, 50 orang staf UMK serta jawatankuasa pelaksana dan ahli kelab Explorimba.

10

Program Perkongsian Ilmu Geokeusahawanan yang dianjurkan oleh Jabatan Geosains Universiti Malaysia Kelantan  bersama Syarikat GEO Solution Resources Sdn. Bhd pada 1 Mac 2017. Ia melibatkan pelajar Geosains tahun 1 hingga 3 yang berada di kampus.

 

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan