Disediakan oleh : Dr. Muhamad Azahar Bin Abas

Pada 25 – 27 April 2018, seramai 48 orang pelajar Sains Kelestarian Tahun 3 telah mengikuti lawatan akademik ke Vale, Eco centre, Perak, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Putrajaya dan Taman Negara Sg. Relau, Pahang. Lawatan akademik ini telah diiringi 3 pensyarah iaitu Dr. Muhamad Azahar Abas, Dr Amal Najihah Muhd Noor, dan En Nor Hizami Hassin yang merupakan pensyarah bagi kursus Sosiologi & Pembangunan Lestari (EKE 3093), Isu Tadbir Urus Dalam Sains Kelestarian (EKE 3103) & Ekonomi Perdagangan & Alam Sekitar (EKT 3143).

Disediakan oleh : Dr. Noor Janatun Naim Jemali


droneschool

Pendekatan amali luar dengan penglibatan komuniti untuk berkongsi ilmu dan pengalaman telah diadakan bersama pelajar dan guru daripada Sekolah Kebangsaan Jeli (I) pada 28 April 2019. Program melibatkan seramai 46 orang pelajar daripada program Sains Sumber Asli (SEN), 2 orang pensyarah kursus, 200 murid sekolah rendah dan pra-sekolah SK Jeli 1 yang diiringi oleh 5 orang guru.

Disediakan oleh : Nor Hizami Hassin & Dr. Shaparas Daliman

Bengkel Time Management for Research Fakulti Sains Bumi adalah merupakan kesinambungan daripada Bengkel Pengurusan Geran Penyelidikan (Amatur) yang telah diadakan pada awal tahun 2018 di Fakulti Sains Bumi yang mana kebanyakan pensyarah telah memperolehi geran penyelidikan sama ada daripada dalaman UMK atau luar UMK. Bengkel ini telah diadakan pada 18 April 2019 dan sasaran utama peserta adalah terdiri daripada kalangan pensyarah di Fakulti Sains Bumi khususnya dan juga di UMK Kampus Jeli amnya. Namun, terdapat juga peserta daripada kalangan pascasiswazah yang turut berminat untuk menghadiri bengkel yang telah diadakan.

Disediakan oleh : Dr. Muhamad Azahar Abas

Lawatan LIPada 13 Mac 2019, Unit Latihan Industri, Fakulti Sains Bumi (FSB) yang diketuai oleh Dr. Muhamad Azahar Abas telah mengadakan bengkel penerangan kepada pensyarah yang terlibat dalam lawatan akademik pada sesi Februari 2018/2019. Seramai 18 orang pensyarah FSB telah dilantik sebagai pensyarah pelawat iaitu 8 daripada Jabatan Geosains dan 10 orang daripada Jabatan Sains Sumber Asli & Kelestarian. Kesemua pensyarah pelawat yang dilantik telah berjaya menghadiri dan mengikuti bengkel ini.

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook