Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

Disediakan oleh : Dr. Amal Najihah Muhamad Nor & En. Mohamad Fikri Samsudin

psu1

Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan telah menghantar seramai tiga orang pelajar untuk menjalani program mobiliti berkredit 3+1 di Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Prince of Songkla, Kampus Surat Thani pada 15 Ogos 2019.

Disediakan : Sharifah Aisyah Syed Omar

prof1

prof2

Fakulti Sains Bumi telah menerima lawatan daripada SMK Sultan Yahya Petra (2) pada 15 Julai 2019 di bawah anjuran Unit Kaunseling. Rombongan lawatan ini terdiri daripada 45 orang (40 pelajar dan 5 guru pengiring). Peserta telah dibawa melawat ke seluruh Kampus Jeli oleh Unit Kaunseling termasuk makmal FSB.

Disediakan : Dr. Shaparas Daliman

Pada 21 hingga 22 Julai 2019 dan 21 hingga 22 Ogos 2019, dua bengkel penyediaan dan pemurniaan dokumen MQA 01 bagi Sarjana Sains Pengurusan Sumber Asli dan Teknologi Spatial telah diadakan di Bilik Mesyuarat FSB. Penganjuran bengkel ini adalah merupakan satu platform untuk Ahli Jawatankuasa Master Pengurusan Sumber Asli dan Teknologi Spatial untuk menyediakan dan mengumpul bahan yang diperlukan untuk dokumen MQA 01 yang seterusnya pemurnian dokumen MQA 01 bagi Sarjana Sains Pengurusan Sumber Asli dan Teknologi Spatial.

mqa1

Disediakan oleh : Saidah Izzati Mohd Shariffuddin & Dr. Noorzamzarina Sulaiman

mobility1Seramai 12 orang mahasiswa/i Geosains Tahun 4 telah mengikuti program Mobiliti ke Indonesia pada bulan Julai sehingga September untuk menjalankan Projek Tahun Akhir (FYP) selama 60 hari. Terdapat 3 institusi yang bekerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan untuk program tersebut termasuklah Universitas Padjajaran (UNPAD, Bandung), Universitas Hassanuddin (UNHAS, Makassar) dan Georesearch Indonesia (Yogyakarta).

Lima orang mahasiswa/i yang mengikuti program Mobiliti ke Georesearch Indonesia ialah Ramadhan Ibnu Hassim, Saidah Izzati Mohd Shariffuddin, Sharifah Nurin Wahida Syed Sabri Al Qabbani, Faten Nabila Salim dan Siti Balqis Mohd Raflis. Kelima-lima mereka menjalankan tugas tahun akhir di daerah Gunung Kidul, Yogyakarta sepanjang 1 bulan.

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan