Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

Disediakan oleh : Dr. Kamarul Ariffin Bin Kambali @ Hambali & Dr. Suganthi Appalasamy

pecipta1Pada 22-23 September yang lepas, telah berlangsungnya Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA’19) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dihoskan oleh Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Dewan Sultan Ibrahim, Batu Pahat, Johor. PECIPTA merupakan platform kepada para penyelidik dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta mempamerkan hasil ciptaan inovasi daripada penyelidikan masing-masing selain dapat membentuk jaringan kerjasama dan pemindahan ilmu antara satu sama lain. PECIPTA pada tahun ini bertemakan “Inovasi Melangkaui Imaginasi”.

Disediakan : Dr. Nazahatul Anis Amaludin

Fakulti Sains Bumi di bawah Special Interest Group (SIG) GIS telah menganjurkan Bengkel Pengendalian Analisis Geospatial menggunakan ArcGIS pada 20 September 2019 (Jumaat) bertempat di Makmal Komputer Fakulti Saians Bumi, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli.

Tujuan utama penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari teknik asas penggunaan perisian ArcGIS secara praktikal. Di samping itu juga, bengkel ini dapat memberi kemahiran tambahan kepada peserta yang berminat untuk mempelajari tentang perisian GIS secara lebih mendalam.

Disediakan oleh : Dr. Noorzamzarina Sulaiman

fyp1

Seramai 35 orang pelajar tahun akhir Program Geosains telah membentangkan poster projek tahun akhir mereka bertempat di Dewan Serbaguna, UMK Kampus Jeli pada 25 September 2019. Ia adalah untuk meningkatkan kecemerlangan diri mahasiswa dalam bidang penyelidikan dan melatih mereka menepati garis masa Projek Tahun Akhir II. Selain itu, aktiviti ini merupakan salah satu usaha untuk menilai hasil kajian pelajar yang menekankan kepada pembentangan penemuan, analisis dan perbincangan secara optimistik.

Disediakan oleh  :  Chm. Dr.Noor Syuhadah Subki

iso

iso1Fakulti Sains Bumi (FSB) dengan kerjasama Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Bengkel Audit Dalaman Makmal Berakreditasi MS ISO/IEC 17025:2017 pada 21 dan 22 Ogos 2019 yang bertempat di Makmal Komputer dan GIS, FSB. Penganjuran bengkel ini adalah bagi memenuhi keperluan latihan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) untuk mendapatkan akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017.

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan