Oleh: Cik 'Ainaa' Mardhiyah Hassin, Dr Jayaraj Vijaya Kumaran dan Dr Noor Syuhadah Subki

Pada 27 dan 28 Ogos 2018, Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti Sains Bumi (FSB) telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Kepada Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dan Pengendalian Bahan Kimia bertempat di Makmal Komputer FSB selama dua hari.

Oleh: Dr. Noor Janatun Naim Jemali.

MOU 1Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Negeri Kelantan (Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan) dan Universiti Malaysia Kelantan telah secara rasminya dimeterai pada 20 Ogos 2018. Majlis diadakan di Pejabat Menteri Besar Negeri Kelantan di Kota Darul Naim, Kota Bharu Kelantan.

Disediakan oleh: Dr Amal Najihah Muhamad Nor & Cik Nivaarani Arumugam

Kluster Penyelidikan Tanah Tinggi Fakulti Sains Bumi (HRC-FSB) telah menganjurkan tinjauan awal ke Gunung Warpu pada 5 dan 6 Ogos 2018 yang mempunyai ketinggian lebih daripada 1,700 meter. Kedudukan Gunung Warpu adalah berhampiran dengan sempadan Kelantan dan Pahang serta boleh didaki melalui Tanah Tinggi Cameron menjadikan gunung ini satu tarikan kepada para pendaki. Pendakian santai adalah aktiviti lazim yang dilakukan di Gunung Warpu memandangkan gunung ini mudah untuk didaki dan mengambil masa yang singkat sahaja untuk sampai ke puncak. Kerja-kerja penyelidikan di kawasan gunung ini terutamanya peninjauan dan dokumentasi kepelbagaian biologinya juga adalah sangat minima. Maka pihak HRC-FSB telah merangka satu tinjauan saintifik untuk dijalankan bagi melihat potensi pelbagai kajian yang boleh dilakukan di Gunung Warpu. 

Bengkel Pengendalian & Pemprosesan Data UAV: Pemetaan & Permodelan 3D,Fakulti Sains Bumi, UMK

Disediakan oleh: Dr Wani Sofia bt Udin

Bengkel Pengendalian dan Pemprosesan Data Pesawat Udara Tanpa Pemandu: Pemetaan Dan Permodelan 3D telah diadakan pada 27 dan 28 Ogos 2018 bertempat di Makmal Komputer 1, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa. Bengkel ini telah disertai oleh 34 peserta daripada pelbagai pihak khususnya pelajar, ahli akademik,badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), agensi dan individu yang perseorangan. Turut hadir ialah wakil daripada syarikat tempatan yang membangun, menguji dan menjual UAV.

QR CODE

Buletin FSB

2017

JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered 

Edisi Jul - Dis
Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 Edisi Jan -Jun
   
2018
jan jun2018  Edisi Jan - Jun
   
2018 Edisi Ogos - Dis

 

           

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook