Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

Disediakan oleh : Dr. Nazahatul Anis Amaludin

mara kulim1

mara kulim2Program My UMK Journey yang diketuai oleh Dr. Nurul Syaza Abdul Latif telah diadakan pada 8 hingga 10 Oktober 2019 bertempat di UMK, Kampus Jeli. Program 3 hari 2 malam ini dirangka khusus kepada pelajar yang akan memasuki ke program pengajian yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Bumi (FSB), Fakulti Bio-Kejuruteraan dan Teknologi (FBKT) serta Fakulti Industri Asas-Tani (FIAT). Secara tidak langsung ini adalah sebagai salah satu langkah untuk mempromosi proram pengajian di fakulti khususnya dan UMK secara amnya.

Disediakan oleh : Dr. Noorzamzarina Sulaiman

kingdom1Pada 18-19 Oktober 2019 satu bengkel mengenai pengaplikasian perisian Kingdom telah diadakan di Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli. Bengkel ini julung kalinya diadakan oleh Jabatan Geosains dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para mahasiswa/i mengenai perkaitan aplikasi perisian komputer berserta ilmu geologi dengan lebih luas. Bengkel ini juga dapat memperkasakan kemahiran asas mahasiswa/i yang sedia ada dalam membuat pentafsiran seismik melalui pengaplikasian perisian komputer KINGDOM. Penceramah jemputan daripada IHS Markit Singapura, Dr. Joseph Gnapragasan telah berkongsi ilmu dan demostrasi pengendalian perisian komputer tersebut. Seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada 35 orang pelajar dan 3 orang pensyarah turut terlibat dalam menjayakan bengkel ini.

Disediakan oleh : Dr. Wani Sofia Udin & Dr. Nursufiah Sulaiman

jmg mou1Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU pada 29 Oktober 2019 di Ipoh, Perak. Dokumen MoU telah ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Datuk Shahar Effendi Abdullah Azizi.

Disediakan oleh  :  Dr. Wani Sofia Udin & Sofiyyah Ahamad Fadzil

brotherhood1

Program Brotherhood 9.0 telah diadakan di Tasik Pergau, Jeli, Kelantan bermula 10 Oktober sehingga 12 Oktober 2019. Program ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Jabatan Geosains UMK yang melibatkan penglibatan semua mahasiswa/i Tahun 1, serta barisan fasilitator yang membawa kepada jumlah seramai 109 orang pelajar.

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan