Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

Disediakan oleh : Dr. Muhamad Azahar Abas

envo1     envo2

Persaingan dalam menempatkan diri dalam pekerjaan yang diidamkan adalah sangat mencabar pada masa kini. Penyediaan bakal graduan bagi memenuhi dunia perkerjaan merupakan salah satu tugasan yang semakin mencabar bagi institusi pengajian tinggi. Oleh itu, Unit Kebolehpasaran Graduan Fakulti Sains Bumi telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program Towards Environmental Expert (TEE) kepada bakal graduan FSB 2020.

Disediakan oleh : Dr. Norrimi Rosaida Awang

hidrologi

Lawatan akademik bagi kursus Hidrologi, Sumber Global dan Perubahan Iklim dan Teknologi Perawatan Air telah diadakan serentak pada 23 – 25 Oktober 2019, disertai oleh 46 orang pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) dengan Kepujian, 2 orang pensyarah pengiring dan seorang pembantu teknikal. Lawatan pertama adalah ke Loji Rawatan Air Sungai Kinta yang merupakan loji rawatan air yang dikendalikan oleh Metropolitan Utilities Corporation Sdn Bhd (MUC). Di sini, pelajar didedahkan kepada dengan teknologi perawatan air yang terkini bagi semua peringkat rawatan air. Pada hari kedua lawatan, pelajar dibawa ke Jabatan Meteorologi Malaysia bagi mendalami pengetahuan tentang pemantauan cuaca dan bencana.

Disediakan oleh : Dr. Noor Janatun Naim Jemali

research talk1

Pembangunan budaya penyelidikan yang kompetetif dan berinovasi di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah penting bagi menjadi peneraju dalam bidang penyelidikan dalam semua sempadan ilmu dan teknologi canggih serta menjadikan UMK antara universiti yang terunggul serta dikenali di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Justeru itu, pada 28 Oktober 2019, Program International Research Talk 2019 telah diadakan sebagai program inisiatif yang memberi peluang kepada ahli akademik dan pelajar pasca siswazah untuk berkongsi maklumat, pengetahuan dan pengalaman berkaitan isu penyelidikan dan kolaborasi antarabangsa.

Disediakan oleh : Nurazrin Mohamed Ghani, Chm. Dr. Nik Raihan Nik Yusoff & Chm. Dr. Rozidaini Mohd Ghazi

min s house1

min s house2Kerja lapangan bagi teknik penyampelan air, tanah dan lumpur serta menentukan kualiti air (in-situ) untuk kursus Instrumentasi dan analisis alam sekitar (EKE 2203) telah dijalankan di Min House Camp, Kubang Kerian, Kelantan pada 8 Oktober 2019. Seramai 8 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kelestarian tahun 3 serta 2 orang pensyarah dan 3 orang staf pengiring telah menjalankan kerja lapangan.

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan