Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

pesertabengkelBengkel perancangan halatuju 2015 ini telah dijalankan pada 20 - 22 Oktober 2015 bertempat di Tok Aman Bali, Beach Resort.Penglibatan daripada barisan kepimpinan fakulti yang menerajui jawatan dan juga setiap jawatankuasa-jawatankuasa di fakulti.Menjadi tradisi tahunan pihak fakulti dalam melaksanakan perancangan dengan merencana program-program akademik berkualiti, bersahsiah dan berdaya saing. Memberi penekanan kepada penerapan nilai keusahawanan dengan memurnikan perancangan halatuju fakulti sebelum ini dengan penambahbaikkan yang sewajarnya juga bakal merealisasikan harapan dan target pihak Universiti dalam meningkatkan lagi status pengajian dan penyelidikan universiti.Oleh yang demikian, bengkel ini menjadi titik permulaan kepada pihak FSB dalam membangunkan modal insan pelajar melalui program-program serta aktiviti yang bakal dirancang dan dilaksanakan pada tahun 2016 dan tahun-tahun berikutnya.

PenilaianproposalBengkel penyediaan proposal telah berlangsung di Felda Residence Hotel, Kuala Terengganu pada 12 – 14 Disember 2015. Bengkel ini bertujuan memastikan para penyelidik dapat memperbaiki permohonan geran penyelidikan dan menentukan halatuju penyelidikan masing-masing. Dua orang Prof Adjung UMK, iaitu Prof. Dato’ Dr. Nik Muhamad Nik Abd. Majid dan Prof. Dr. Mohd Kamil Yusoff telah dijemput untuk melancarkan bengkel ini terutama menilai dan memberi tunjuk ajar kepada penyelidik-penyelidik baru FSB.

description hereBengkel perancangan halatuju 2015 ini telah dijalankan pada 20-21 November 2015 di Hotel Perdana, Kota Bharu melibatkan barisan kepimpinan fakulti yang menerajui jawatan dan juga setiap jawatankuasa-jawatankuasa di fakulti. Perancangan halatuju kewangan merupakan tahap perancangan tertinggi dan paling teliti yang melihat perbelanjaan (kewangan) dalam jangka masa yang panjang ke hadapan. Memberi penekanan kepada penerapan penggunaan kewangan secara berhemah dan berkualiti mengikut jabatan mahupun unit jawatankuasa fakulti.

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan