Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

232332Sektor perkayuan di Malaysia mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih daripada 300,000 orang dan pada masa ini, terdapat hampir  3,800 buah kilang berasaskan kayu di negara ini. Prospek untuk produk berasaskan kayu Malaysia kekal cerah memandangkan permintaan global terhadap produk terbabit adalah berterusan. Tambahan pula, kejayaan industri perabot berasaskan kayu di Semenanjung Malaysia memang terbukti dan telah berjaya menjana pulangan sebanyak RM6 hingga RM7 billion setahun kepada negara. Salah satu produk dari kayu yang digunakan dalam bahan binaan adalah kayu komposit.


Selaras dengan potensi bidang perkayuan ini, satu projek keusahawanan berimpak tinggi iaitu Bengkel Program Keusahawanan Komposit Kayu 2016 telah diadakan pada 23 Mei 2016 (Isnin) yang lalu sebagai pendorong kepada komuniti dan pelajar untuk menceburi bidang ini.

 

2

 

 

Program “Bridge to Envirotopia” merupakan kerja lapangan daripada kursus pendidikan alam sekitar yang  menekankan kepentingan ekosistem, keseimbangan alam semulajadi dalam bentuk kitaran semulajadi, sumber-sumber tenaga (air, petroleum, gas), punca pencemaran air, udara, dan tanah, kesan aktiviti antropogenik ke atas alam sekitar dan kesihatan manusia, sisa toksid dan pepejal dan cara pengurusannya. Isu-isu alam sekitar tempatan dan global (jerebu, hujan asid, kemusnahan hutan) serta undang-undang persekitaran. Kursus ini menekankan tentang kesedaran dan ilmu yang perlu dimiliki untuk diaplikasikan dalam kehidupan bagi memelihara, mengekalkan, dan menggunakan alam sekitar secara lestari untuk generasi akan datang.

perkongsianilmuPada 12 September 2015 (Sabtu) telah diadakan Hari Interaksi FSB 2015. Program ini merupakan satu inisiatif fakulti yang memberi pendedahan kepada pelajar baharu bagi sesi akademik 2015/2016. Orientasi pelajar berasaskan program pengajian ini banyak memberi peluang kepada para pelajar untuk mendalami program pengajian yang ditawarkan kepada mereka di fakulti.Program ini juga turut menjadi program pertama pelajar baharu kemasukan akademik 2015/2016 bersama Ketua Jabatan dan pensyarah mengikut program masing-masing.

taklimatolehPengerusiBengkel Manual Prosedur Kerja Siri Kedua ini adalah kesinambungan daripada Bengkel Manual Prosedur Kerja siri Pertama yang telah dijalankan oleh pihak fakulti pada awal tahun 2015. Oleh yang demikian, bengkel ini amat baik dan perlu dijalankan oleh fakulti dalam memastikan sebarang kerja pengoperasian berjalan dengan lancar dan berhemah di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf. Bengkel ini telah diadakan pada 2 & 3 Oktober 2015 di Sutera Inn, Kota Bharu.

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan