Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

BENGKEL OSH AND CHEMICAL HANDLINGJawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti Sains Bumi (JPKKP-FSB) telah berjaya menganjurkan bengkel ”Introduction to OSH and Chemical Handling” pada 15 dan 16 Ogos 2016 bertempat di BK5, UMK Kampus Jeli. Bengkel yang dijalankan selama dua hari ini terbahagi kepada dua bahagian yang membincangkan dua topik yang berbeza. JPKKP-FSB terdiri daripada jawatankuasa induk fakulti, Emergency Response Team (ERT) dan juga Radiation Protection Team (RPT) oleh wakil daripada pihak EOSHMU. Di samping itu, peserta juga diberikan pendedahan dan latihan untuk menjalankan HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control) di tempat kerja masing-masing oleh Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan negeri Kelantan, En. Mohamad Nizam bin Ali.

 

GEOSAINS EXHIBITION AND COMPETITION 2016 GENC 2016

GENC, salah satu program yang terkenal bagi mahasiswa Geosains telah diadakan pada 19 sehingga 20 Ogos 2016 yang bertempat di Universiti Teknologi Petronas. GENC merupakan program tahunan dan satu-satunya pertandingan singkapan bagi mahasiswa geosains/geologi di Malaysia yang melibatkan penyertaan daripada universiti di Rantau Asia.  Pada tahun ini, terdapat penyertaan daripada sembilan buah universiti yang terdiri daripada universiti tempatan dan antarabangsa iaitu Universiti Teknologi Petronas, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaya dan Heriot Watt University of Malaysia merupakan wakil penyertaan daripada universiti tempatan manakala National University of Singapore, Universitas Pembangunan Nasional “Veteran”, Indonesia, Universitas Diporonegoro, Indonesia, dan Universitas Padjajaran, Indonesia merupakan wakil daripada universiti antarabangsa. Universiti Malaysia Kelantan telah membawa empat pasukan pelajar iaitu The Rudite, The Xenos, Machu Picchu dan Hard Rock Jeli untuk bertanding dengan universiti lain.

 

contoh

Program ‘Exploration Outreach Program in Brunei’ 2016 ini dianjurkan buat pertama kali dan melibatkan Timbalan Dekan Akademik Fakulti Sains Bumi (FSB) iaitu Prof. Madya Dr. Aweng a/l Eh Rak, 2 orang pensyarah, seorang pelajar master dan 11 orang pelajar sarjana muda jurusan Geosains Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Program ini telah dijalankan pada 16 sehingga 20 Mei 2016 bertempat di Brunei Darussalam bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar jurusan Geosains UMK tentang bidang kursus yang sama yang terdapat di Universiti Brunei Darussalam (UBD). Di samping itu, program ini merupakan salah satu inisiatif awal untuk merapatkan hubungan sesama pelajar di antara pelajar Geosains dari UMK dan pelajar jurusan yang sama di UBD sambil menimba ilmu sepanjang aktiviti ini dilakukan. Melalui program ini juga, para pelajar didedahkan tentang bidang-bidang serta sistem pembelajaran yang dipelajari kursus ini malah mendapat pendedahan tentang persekitaran pembelajaran sepanjang mereka berada di Universiti Brunei Darussalam.

1Satu bengkel halatuju penyelidikan dan jalinan kerjasama antara Pensyarah Program Sains Sumber Asli dengan Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (REACH) bagi tujuan pemantapan penyelidikan dan pemuliharaan Pusat Biodiversiti Cameron Highlands telah diadakan pada 27-28 Mei 2016. Hasil perbincangan tersebut, pensyarah dan penyelidik program SEN bersetuju akan menjalankan kajian tapak di Pusat Biodiversiti tersebut. Antara aktiviti utama yang dirancang adalah kajian biodiversiti mamalia, liken, kulat dan pelbagai parameter alam sekitar. Satu prototaip pengumpul embun juga akan di uji-lari di kawasan REACH bagi melihat keberkesanan alat tersebut mengumpul embun untuk bekalan air.

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan