Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

1212Kerajaan Negeri Kelantan melalui Majlis Daerah Gua Musang dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dan Pusat Penerangan Pelancongan  Negeri Kelantan (TIC) telah menganjurkan ‘XPDC Menjejak Bunga Rafflesia 2017’ yang bermula di Eco RnR Lojing, Gua Musang. Program ini telah disertai oleh lebih 100 orang peserta.

991Pada 6–9 April 2017, seramai 14 orang pelajar daripada Kelab Eco-friendly telah menyertai aktiviti Youth Nature Camp (YNC) 2017 yang telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam atau lebih sinonim dengan nama Malaysian Nature Society (MNS). Aktiviti ini dianjurkan dengan mengumpul semua pelajar yang berdaftar di bawah MNS Youth yang berlangsung selama 4 hari di Pulau Tinggi, Johor. Tema YNC2017 kali ini adalah Preserving Today for Tomorrow.

 

77Delegasi FSB yang diketuai oleh Dekan telah mengadakan satu lawatan kerja ke University Prince of Songkhla, Surat Thani, Thailand pada 29 Ogos. Kerjasama di antara universiti tersebut telah pun terjalin sejak 2011 lagi. Tujuan utama lawatan kerja tersebut diadakan adalah untuk mempertingkatkan usaha kerjasama dalam bidang pengajaran dan program mobiliti pelajar. Di samping itu, kedua-dua delegasi turut membincangkan potensi projek penyelidikan berimpak tinggi yang boleh diusahasama untuk kepentingan sejagat

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan