Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

PSU3

Pada 25 Oktober, FSB telah menerima kunjungan hormat  daripada Yala Rajabhat University, Thailand.  Satu pembentangan  daripada Prof. Madya Dr. Vichit Rangpan mengenai penyelidikan yang berpotensi untuk dijalankan bersama penyelidik FSB telah diadakan. Perbincangan dua hala ini diharap dapat membantu FSB dalam melebarkan jaringan kerjasama ke peringkat antarabangsa dengan jayanya

35Di dalam dunia akademia, penerbitan jurnal merupakan salah satu indikator utama dalam mengukur Indeks Prestasi Utama sesebuah universiti. Ia adalah tanda aras pengukuran ilmiah di kalangan ahli akademik secara global. Bengkel penerbitan anjuran Jawantakuasa Penyelidikan dan Inovasi di bawah Unit Penerbitan yang bertajuk  ”How to Successfully Write & Publish Your Research Article?” telah diadakan pada 12 Februari 2018.

44Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli (UMKKJ) telah menganjurkan program Prof@School yang mensasarkan sekolah menengah. Di antara sekolah yang telah dijemput untuk menyertai program ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra (SMKTIP), Gua Musang, Sekolah Menegah Kebangsaan Tanah Merah 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Gajah, Tanah Merah.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kajian penyelidikan berteraskan sains yang giat dijalankan serta melawat kemudahan penyelidikan di FSB. Pada masa kini, sebanyak tiga program ditawarkan oleh FSB iaitu Program Sains Sumber Asli, Sains Kelestarian dan Geosains.

221Geo-Family Anniversary: A Night to Remember’ merupakan salah satu acara makan malam  tahunan anjuran bersama Program Geosains dan Kelab Eksplorasi FSB. Majlis makan malam ini diadakan di Dewan Serbaguna UMK Kampus Jeli bertujuan merapatkan hubungan sesama ahli kelab Eksplorasi, dengan para pensyarah serta alumni Geosains. 

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan