Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

Pameran Poster ‘Nature In Science’ Di Bawah Program Memperkasakan Pelajar Dalam Revolusi Industri 4.0

Disediakan oleh : Nivaarani Arumugam & Dr. Suganthi Appalasamy

nature in science1

Pada 10 Disember, Pusat Penyelidikan Tanah Tinggi, Fakulti Sains Bumi (HRC-FSB) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) telah menganjurkan pameran poster bertemakan ‘Nature in Science’ di Dewan Serbaguna Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli. Pengarah Program adalah Dr. Suganthi Appalasamy dan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Pelajar yang diketuai oleh En. Muhammad Fakhrul Imran Mohd Fizal, pelajar Tahun 3. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dekan FSB, Profesor Madya Dr. Aweng a/l Eh Rak.

natureSeramai 131 pelajar Tahun 1 - 4 daripada Program Sains Sumber Asli telah mengambil bahagian dalam pameran ini. Sebanyak 29 poster daripada kategori mikrobiologi dan biokimia, entomologi, sistem maklumat geografi (GIS) serta pengurusan spesis invasif telah dibentangkan.

Para pelajar telah dibimbing oleh Dr.Suganthi Appalasamy, Cik Nivaarani Arumugam, Dr. Nazahatul Anis Amaludin serta Dr. Shaparas Daliman. Setiap poster yang dibentangkan telah dinilai oleh tiga orang juri. Pameran ini telah melibatkan seramai lapan juri yang telah menilai dan memberi komen kepada pelajar.

Program ini merupakan salah satu kaedah pembelajaran interaktif. Ia dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, penggunaan teknologi multimedia terkini serta pemikiran kritis dan kreatif di kalangan pelajar. Kemahiran ini amat perlu diperkasakan oleh para pelajar supaya dapat menonjolkan dapat mengeratkan ukhwah sesama pelajar melalui kerjasama yang diberikan bagi menjayakan aktiviti ini.

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan