Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

Kerja Lapangan Di Zoo Taiping, Perak Bagi Pelajar Program Sains Sumber Asli

Disediakan oleh : Muhammad Fakhrul Imran Mohd Fizal & Dr. Kamarul Ariffin Bin Kambali @ Hambali

zoo1

zoo2Pada 6 Disember, seramai 41 orang pelajar Sains Sumber Asli (SEN) yang terdiri daripada pelajar Tahun 3 dan Tahun 4 telah berpeluang untuk mengadakan kerja lapangan di Zoo Taiping, Perak.

Kerja lapangan ini diiringi dengan tugasan yang perlu disempurnakan oleh para pelajar bagi kursus Kelakuan Haiwan (ENE 3273).

Tujuan utama tugasan ini dilakukan di Zoo Taiping adalah untuk memerhati kelakuan haiwan liar dalam kurungan.Para pelajar juga perlu membangunkan produk pengkayaan terhadap spesis yang telah dipilih oleh setiap kumpulan bagi mengurangkan tekanan haiwan.

zoo3Para pelajar telah memilih haiwan liar dalam kurungan seperti harimau (Panthera tigris), badak sumbu (Ceratotherium simum), singa (Panthera leo), badak tampung (Tapirus indicus) dan orang utan (Pongo pygmaeus).

Impak kerja lapangan sebegini dapat mempertingkatkan kemahiran insaniah dan perolehan ilmu pengetahuan para pelajar di luar kuliah.

 

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan