Bengkel Akademik Dan Sesi Bersama Profesor Adjung Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi

Disediakan oleh : Dr. Nursufiah Sulaiman

adjung1

Jabatan Geosains telah mengadakan satu bengkel akademik iaitu Bengkel Semakan Kurikulum dan Penubuhan Program Baharu serta mesyuarat bersama Profesor Adjung pada 18 sehingga 20 Ogos. Bengkel ini telah disertai oleh 8 orang pensyarah Program Geosains dan Ketua Jabatan Geosains, Dr.Wani Sofia Udin.

adjungPihak Geosains juga turut menjemput Profesor Adjung Gs. Abdul Rasid Jaapar selaku Presiden Persatuan Geologi Malaysia bagi memperolehi perspektif daripada beliau selaku wakil pihak industri. Beliau merupakan Pengarah Urusan Syarikat Geomapping Technology Sdn. Bhd. di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Bengkel yang berlangsung di Hotel Qas, Bukit Bunga, Jeli ini bertujuan untuk: 1) menambahbaik dokumentasi semakan kurikulum Program Geosains dengan lebih teratur dan terperinci, 2) menyusun dan merangka program baharu untuk Jabatan Geosains, dan 3) membincangkan penambahbaikan cadangan semakan kurikulum, penubuhan program baharu, kerjasama penyelidikan, akademik dan hal-hal lain yang berkaitan bersama Profesor Adjung. Selain itu, kerjasama penyelidikan, akademik dan hal-hal lain yang berkaitan antara Persatuan Geologi Malaysia dan Jabatan Geosains, FSB, UMK turut diberi perhatian dalam bengkel ini.

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan