Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

Sustainable Initiative Unit Jalin Usahasama Dengan Mircoplastic Research Interest Group Dalam Penyelidikan Mikroplastik

Disediakan oleh : Chm. Dr. Noor Syuhadah Subki

umt1Sustainable Initiative Unit (SIU) merupakan salahsatu Special Interest Group (SIG) di bawah Fakulti Sains Bumi (FSB) yang giat menjalankan penyelidikan berkaitan dengan kelestarian alam sekitar. Sejajar dengan matlamat Kementerian Alam Sekitar, Sains Teknologi dan Perubahan Iklim (MESTECC) yang mensasarkan kepada penggurangan penggunaan plastik dan memulihara ekosistem daripada pencemaran plastik, maka SIU telah mengambil inisiatif untuk menerokai penyelidikan mikroplastik di Malaysia. Bagi memperluaskan tebaran penyelidikan mikroplastik di Malaysia, pihak SIU telah mengatur strategi pertama dengan menjalinkan usahasama dengan Microplastic Research Interest Group (MRIG) Universiti Malaysia Terengganu. 

umt2Pada 13 November 2019, delegasi SIU yang diketuai oleh Dr. Nurul Syazana Abdul Halim telah mengadakan kunjungan kolaborasi ke MRIG bagi membincangkan prospek penyelidikan mikroplastik di Pantai Timur Malaysia. Pihak MRIG yang diketuai oleh Dr. Yusof Ibrahim menyambut baik cadangan usahasama yang dibentangkan oleh Ketua Penyelidik Mikroplastik SIU, Dr. Noor Syuhadah Subki untuk membangunkan data baseline microplastic monitoring dalam air paip di Kelantan.

Semoga jalinan kolaborasi ini akan terus memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam memastikan kesinambungan penyelidikan mikroplastik di Pantai Timur Malaysia.

 

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan