Pecha Kucha Pelajar Sains Sumber Asli Di Simposium Sains Intervarsiti 2019 Anjuran Quest International University

Disediakan oleh : Dr. Suganthi Appalasamy

simposiumPada 13 November 2019, seramai enam pelajar tahun akhir daripada program Sains Sumber Asli, Jabatan Sumber Asli dan Kelestarian FSB telah terpilih untuk membentangkan hasil dapatan kajian projek tahun akhir di Simposium Sains Intervarsiti 2019 anjuran Quest International University di Ipoh, Perak.

Pelajar yang terlibat adalah Nurfatin Fazlyn Mohd Darus, Nurkhalisah Sufian, Gan Hui Kee, Wong Shi Yun, Ameera Nur Afiqah Priyono dan Shafiqah Almazani. Pelajar ini yang diselia oleh Dr. Suganthi Appalasamy telah membentangkan kajian masing-masing dalam bentuk pecha kucha.

Topik-topik yang dibentangkan pelajar adalah berkaitan kepelbagaian halia hutan, anatomi dan taburan halia hutan di Kelantan serta tindak balas antimikrob cecair pertahanan yang diekstrak daripada pelbagai spesies anai-anai.

Pembentangan sebegini mampu memberikan pendedahan kepada pelajar tahun akhir dan juga menyediakan platform kepada pelajar untuk berkongsi maklumat sains.

itervasiti4

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan