Hari Pendidikan Alam Sekitar Bersama Masyarakat Orang Asli Sungai Rual, Jeli, Kelantan

Disediakan oleh : Dr. Nor Shahirul Umirah Idris

rual1Hari Pendidikan Alam Sekitar dengan tema cintai sungai kita adalah merupakan usahasama di antara Fakulti Sains Bumi (Kelab Sinergi Lestari, Sustainable Initiative Group (SIG)), Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (Program Seni Halus) dan Dana Penjagaan Sungai Kebangsaan (NRCF),Global Environment Centre.

Dana Penjagaan Sungai Kebangsaan adalah merupakan salah satu inisiatif yang ditubuhkan oleh Global Environment Centre untuk menyokong masyarakat setempat, organisasi berasaskan masyarakat, institusi pembelajaran dalam inisatif mereka memelihara dan menjaga sungai daripada tercemar.

Program ini telah diadakan di SK Sungai Rual, Jeli, Kelantan pada 6 November 2019 melibatkan seramai 94 orang pelajar daripada FSB, FTKW dan pelajar SK Sungai Rual.

Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat orang asli khususnya para pelajar di SK Sungai Rual mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan memelihara sungai dari tercemar.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membina jaringan sosial dan perkongsian ilmu di antara akademik UMK dengan komuniti setempat. Ia adalah sejajar dengan matlamat kerajaan dalam melahirkan generasi yang cakna akan alam sekitar dan berilmu.

Tiga aktiviti telah dirangka bersama pelajar SK Sungai Rual, iaitu mengadakan aktiviti lukisan mural oleh pelajar Program Seni Halus, FTKW a dan penyediaan pusat pembelajaran di SK Sungai Rual. Program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar dan guru SK Sungai Rual. Ekoran daripada itu, program ini akan terus dipergiatkan lagi pada tahun hadapan (2020) di mana ia akan turut melibatkan Dana Penjagaan Sungai Kebangsaan (NRCF) bagi menjayakan program dirancang.

Aktiviti Sepanjang Program Khidmat Masyarakat Bersama Orang Asli Di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual, Jeli, Kelantan

rual2   rual3
rual6   rual7
rual4   rual5
rual8

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan