Lawatan Ilmiah Kursus Ekonomi Sumber Asli Di Taman Negeri Gunong Stong, Dabong Kelantan

Disediakan oleh : Nor Hizami Hassin

stong1 stong2

Seramai 21 orang mahasiswa/i daripada program Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) bersama seorang pensyarah Encik Nor Hizami Hassin telah mengadakan lawatan Ilmiahbagi kursus Ekonomi Sumber Asli selama 2 hari 1 malam pada 29 dan 30 November di Taman Negeri Gunong Stong, Dabong Kuala Krai. Kelantan.

stong3Objektif utama lawatan adalah untuk memberi pendedahan tentang aset atau bahan yang merupakan sumber utama kepada modal semula jadi sesebuah negara. Sumber alam semula jadi atau sumber asli ini memerlukan penerapan modal dan sumber daya manusia seperti buruh mental dan fizikal untuk dieksploitasi; diekstrak, diproses, disempurnakan untuk merealisasikan nilai ekonomi sesebuah negara.

stong4Di samping itu, mahasiswa/i dapat menghayati dan mengenali dengan lebih mendalam tentang sumber asli yang digunakan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan membuka pandangan dan pemikiran mereka berkaitan isu ekonomi dan sumber asli yang terdapat di kawasan lawatan. Hasil daripada lawatan ini diharapkan dapat meningkatkan daya pemikiran mereka untuk lebih memahami peranan sumber asli dalam ekonomi yang semakin membangun dengan menggunakan kaedah yang lebih cekap dan rasional untuk menguruskan sumber-sumber tersebut bagi memastikan kelestarian sumber untuk generasi akan datang terus kekal dan terpelihara.

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan