Lawatan Ilmiah Ke Jabatan Standard Malaysia Oleh Pelajar Program Sains Kelestarian

Disediakan oleh : Dr. Muhamad Azahar Abas

ems1Lawatan ilmiah ke industri merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang inovatif kerana memberi peluang kepada pelajar bagi menghayati pembelajaran secara kajian kes dalam keadaan sebenar. 

Pada 29 November, seramai 15 orang pelajar Program Sains Kelestarian Tahun 3 yang mengikuti kursus Sistem Pengurusan Alam Sekitar (ISO14001) telah mengadakan lawatan ilmiah ke Jabatan Standard Malaysia di Cyberjaya.

ems2Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai sistem pengurusan alam sekitar (EMS) dan pelaksanaannya dalam organisasi dengan lebih komprehensif.
Lawatan ini mensasarkan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dalam memberi akreditasi kepada badan pensijilan bagi sistem pengurusan alam sekitar (EMS) ISO14001 iaitu Jabatan Standard Malaysia.

Para pelajar juga turut diberi pendedahan kepada perundangan dan piawaian yang berkaitan sistem pengurusan alam sekitar (ISO14001).

Lawatan ilmiah seumpama ini bukan sahaja mempromosikan Program Sains Kelestarian kepada Jabatan Standard Malaysia malahan turut memberi alternatif pemilihan pekerjaan berkaitan dengan EMS kepada pelajar kelak.

ems3

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan