Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Ke-48 Dan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2019

Disediakan oleh : Dr. Noor Janatun Naim Jemali

hutan1Pada 14 November 2019, sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri Kelantan telah diadakan yang mana majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob. Hari Hutan Antarabangsa merupakan sambutan yang diadakan setiap tahun. Bagi tahun 2019, sambutan di peringkat negeri Kelantan telah diadakan di Pantai Senok, Bachok. Ia merupakan anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan yang mana tema pada tahun ni adalah ”Hutan dan Pendidikan”. Pada tahun ini, sambutan hari hutan antarabangsa turut dirai bersama Hari PerancanganBandar Sedunia dengan bertemakan ‘Green and Community: Together Is Better’.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat untuk menyayangi khazanah hutan melalui program kemasyarakatan. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut adalah penanaman pokok dan pameran. Ia juga bagi mempromosikan UMK kepada masyarakat umum.

hutan2Seramai 120 orang peserta (pelajar dan pensyarah) daripada Jabatan Sumber Asli and Kelestarian (JSAK) telah turut serta dalam penanaman 500 pokok rhu di Pantai Senok yang turut dikenali sebagai Pulau Nami, Kelantan. Penanaman pokok rhu berupaya mengurangkan kadar hakisan tanah pasir di sepanjang persisiran pantai. Tambahan juga ia dapat menjadikan tarikan utama kepada pengunjung tempatan atau luar.

Bersempena program ini pertandingan melukis bertemakan ’Hutan dan Kita’ turut diadakan dan disertai oleh beberapa institusi pengajian awam dan pelajar sekolah menengah. Seorang pelajar program Sains Sumber Asli (SEN), Muhamad Iqbal Nurul Hafiz telah menjuarai pertandingan tersebut dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai serta sijil penghargaan.

Pada majlis tersebut turut disampaikan penghargaan Anugerah Bandar Mampan 2019 kepada 6 PBT di Negeri Kelantan yang telah berjaya mendapat penarafan mampan melalui
program “Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar - Luar Bandar Malaysia” yang mana daerah Jeli juga turut tersenarai untuk anugerah tersebut. Semoga inisiatif kerajaan dalam menghijaukan bumi indapat diteruskan dari masa ke masa.

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan