Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

Kerja Lapangan Pengenalan Kepada Geosains Dan Paleontologi

Disediakan oleh : Dr. Nursufiah Sulaiman

intro geo1

intro geo2Pada 29 dan 30 November, pelajar Geosains Tahun 2 telah mengikuti satu kerja lapangan di Bukit Bucu dan Bukit Keluang (Terengganu) serta Sungai Rual, Gunung Reng dan Lata Janggut (Kelantan). Kerja lapangan ini melibatkan 2 kursus Geosains iaitu Pengenalan kepada Geosains dan Paleontologi. Sepanjang keberadaan para pelajar di Bukit Keluang, Sungai Rual, Gunung Reng dan Lata Janggut, mereka diberikan penerangan mengenai ketiga-tiga jenis batuan yang wujud di bumi iaitu batuan igneus, batuan sedimen dan batuan metamorf bagi memenuhi keperluan kursus Pengenalan kepada Geosains. Selain itu, pelajar juga diajar tentang penggunaan alatan kerja lapangan seperti kompas, GPS dan tukul.

intro geo3Manakala di Bukit Bucu pula, pelajar didedahkan dengan keadaan sebenar himpunan fosil yang terdapat di lapangan sebagai perbandingan dengan fosil yang telah dipelajari di dalam kuliah dan amali. Fosil yang terdapat di lapangan tersebut dikatakan terendap pada sekitaran lautan cetek dan pelajar perlu mengenalpasti genus serta spesis setiap fosil yang ditemui di Bukit Bucu. Kerja lapangan ini merupakan aktiviti tahunan yang wajib dijalani oleh kesemua pelajar tahun 2 Geosains bagi memenuhi syarat pentaksiran berterusan bagi kursus Pengenalan kepada Geosains dan Paleontologi.

Melalui kerja lapangan ini juga, pelajar mendapat gambaran sebenar tentang keadaan batuan dan fosil di muka bumi secara praktikal selain daripada yang dipelajari melalui kuliah dan amali.

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan