Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

Program International Geoexploration De Langkawi 2019 Anjuran Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi

Disediakan oleh : Dr. Nursufiah Sulaiman

geo explore1

Program International Geoexploration de Langkawi adalah kerja lapangan tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Geosains dan disokong penuh oleh Fakulti Sains Bumi. Pada tahun ini, program ini berlangsung pada 15 hingga 21 November. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang keadaan kerja lapangan sebenar bagi seorang ahli geosains.

geo explore2Langkawi dipilih kerana keunikannya sebagai salah satu Geotaman Global di bawah UNESCO. Keunikan Pulau Langkawi bukan hanya sekadar sebagai kawasan peranginan atau kawasan tarikan pelancong, tetapi Pulau Langkawi sendiri menyimpan 1001 rahsia tentang sejarah kejadian Bumi, terutamanya sejarah pembentukan Semenanjung Malaysia.

Program selama 7 hari ini melibatkan 43 pelajar Geosains Tahun 3, seorang pelajar pascasiswazah, 3 orang pensyarah dan seorang pembantu makmal. Sepanjang program ini berlangsung, pelajar diberikan beberapa tugasan lapangan untuk diselesaikan berdasarkan pengetahuan geosains yang telah dipelajari oleh mereka melalui kuliah dan amali. Pelajar juga dikehendaki untuk menghantar tugasan tersebut setiap hari bagi membolehkan pensyarah menyemak dan memberikan komen untuk penambahbaikan bagi penilaian laporan pada akhir semester.

Program International Geoexploration de Langkawi ini telah memberikan impak yang baik kepada pelajar dari segi pemahaman geologi, kerja lapangan dan juga kemahiran insaniah.

geo explore3

 

 

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan