Bengkel Pengaplikasian Perisian Kingdom Perkasa Ilmu Seismik Mahasiswa Program Geosains

Disediakan oleh : Dr. Noorzamzarina Sulaiman

kingdom1Pada 18-19 Oktober 2019 satu bengkel mengenai pengaplikasian perisian Kingdom telah diadakan di Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli. Bengkel ini julung kalinya diadakan oleh Jabatan Geosains dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para mahasiswa/i mengenai perkaitan aplikasi perisian komputer berserta ilmu geologi dengan lebih luas. Bengkel ini juga dapat memperkasakan kemahiran asas mahasiswa/i yang sedia ada dalam membuat pentafsiran seismik melalui pengaplikasian perisian komputer KINGDOM. Penceramah jemputan daripada IHS Markit Singapura, Dr. Joseph Gnapragasan telah berkongsi ilmu dan demostrasi pengendalian perisian komputer tersebut. Seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada 35 orang pelajar dan 3 orang pensyarah turut terlibat dalam menjayakan bengkel ini.

kingdom2

kingdom3

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan