Syarat Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Fakulti Sains Bumi

 

 

 

 

 

Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Universiti Malaysia Kelantan Bersama Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia

Disediakan oleh : Dr. Wani Sofia Udin & Dr. Nursufiah Sulaiman

jmg mou1Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU pada 29 Oktober 2019 di Ipoh, Perak. Dokumen MoU telah ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Datuk Shahar Effendi Abdullah Azizi.

jmg mou2
Memorandum Persefahaman ini berkuatkuasa untuk tempoh enam (6) tahun bermula daripada Ogos 2019 sehingga Ogos 2024. Kerjasama dua hala ini melibatkan penyelidikan dan pembangunan akademik, pembangunan bahan saintifik dan penerbitan serta penganjuran seminar, bengkel, persidangan dan lain-lain aktiviti berkaitan.

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan