Jabatan Geosains Eratkan Ukhwah Melalui Program Brotherhood 9.0

Disediakan oleh  :  Dr. Wani Sofia Udin & Sofiyyah Ahamad Fadzil

brotherhood1

Program Brotherhood 9.0 telah diadakan di Tasik Pergau, Jeli, Kelantan bermula 10 Oktober sehingga 12 Oktober 2019. Program ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Jabatan Geosains UMK yang melibatkan penglibatan semua mahasiswa/i Tahun 1, serta barisan fasilitator yang membawa kepada jumlah seramai 109 orang pelajar.

Para pelajar didedahkan dengan aktiviti yang menguji daya tahan mental dan fizikal. Ini adalah bertujuan untuk mendidik sahsiah dan jati diri pelajar agar mempunyai daya saing serta keyakinan yang tinggi.

Di samping itu, aktiviti yang dilakukan semasa program ini juga mengajar para pelajar tentang kepentingan kerjasama dalam kumpulan serta menerapkan konsep “brotherhood” di antara pelajar kanan dan pelajar baharu. Ia jugat turut merapatkan ukhwah sesama pelajar dan barisan pensyarah.

brotherhood3     brotherhood2
Latihan dalam kumpulan dan riadah pagi adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program.

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan