Program Geoscience@School Di Sekolah Rendah Dan Menengah Daerah Jeli

Disediakan Oleh : Dr. Mohammad Muqtada Ali Khan

geoschool2Program Geoscience@School telah dianjurkan oleh Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi UMK dengan kerjasama Persatuan Geologi Malaysia (GSM) pada 22 September di SK Jeli (1) dan 23 Oktober di SMK Ayer Lanas. Tujuan penganjuran ini adalah untuk memupuk minat pelajar terhadap bidang sains di samping mempromosikan program Geosains UMK. Seramai 7 orang pensyarah dan 70 orang pelajar daripada Program Geosains telah terlibat dalam menjayakan program ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran batuan dan mineral yang terdapat di sekitar Kelantan dan Malaysia, pembentangan poster serta permainan interaktif bersama pelajar sekolah.

geoschool3    geoschool4

Selain daripada itu, beberapa model proses geologi turut disediakan seperti model kitaran air untuk tatapan para pelajar. Album-album yang mempamerkan aktiviti-aktiviti dan program-program yang dianjurkan oleh Geosains UMK seperti International Geomapping Gua Musang (IGGM), Geo Exploration de Langkawi dan Geo Tour de Malaysia turut dipamerkan bagi menarik perhatian pelajar.

geoschool1

 

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan