Bengkel Audit Dalaman Makmal Berakreditasi MS ISO/IEC 17025:2017

Disediakan oleh  :  Chm. Dr.Noor Syuhadah Subki

iso

iso1Fakulti Sains Bumi (FSB) dengan kerjasama Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Bengkel Audit Dalaman Makmal Berakreditasi MS ISO/IEC 17025:2017 pada 21 dan 22 Ogos 2019 yang bertempat di Makmal Komputer dan GIS, FSB. Penganjuran bengkel ini adalah bagi memenuhi keperluan latihan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) untuk mendapatkan akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017.

iso2Objektif utama bengkel ini ialah memberi pendedahan yang komprehensif mengenai kepatuhan dan kaedah pelaksanaan audit dalaman terhadap piawai ini. Bengkel ini telah disertai oleh 25 orang peserta (pensyarah dan pembantu makmal) daripada empat fakulti iaitu Fakulti Sains Bumi, Fakulti Industri Asas Tani, Fakulti Bio-Kejuruteraan dan Teknologi dan Fakulti Veterina. Kesemua peserta yang mengikuti kursus dengan jayanya dianugerahkan sijil kelayakan sebagai penilai audit dalaman makmal berakreditasi secara sah.

 

Buletin FSB

buletin

 

Buku Laporan Tahunan

Laporan