Fsb Raih Tujuh Pingat Di Teaching Enhancement And Learning Innovation Carnival (Telic) 2019

Disediakan oleh: Dr. Noor Syuhadah Subki

Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik UMK telah menganjurkan Teaching Enhancement And Learning Innovation Carnival 2019 (TeLIC 2019) yang bertemakan "Sustaining eLearning in Crafting Future Proof Students" pada 21 Mei 2019 bertempat di Laman Canselori UMK Kampus Bachok. Penganjuran karnival pendidikan ini adalah bertujuan untuk:

  • Membentuk budaya inovasi dalam kalangan warga universiti dan mengoptimumkan sumber teknologi yang ada untuk menghasilkan bahan pengajaran yang terbaik.
    • Meneliti keberkesanan penggunaan teknologi terkini dan melihat sejauh mana idea-idea kreatif yang dapat dihasilkan oleh para pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran
    • Memberi dan menyediakan ruang kepada pensyarah dan pelajar untuk memperkembangkan bakat, minat; potensi dalam menghasilkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan garis panduan yang disediakan.
    • Meneroka dan menghasilkan idea baharu dalam penghasilan teknik; bahan-bahan pengajaran serta pembelajaran.

Fakulti Sains Bumi (FSB) telah menghantar tujuh penyertaan yang terdiri daripada kumpulan pensyarah dan pelajar. Hasil daripada komitmen dan sokongan daripada semua pihak, FSB telah berjaya meraih tujuh pingat iaitu 1 emas, 5 perak dan 1 gangsa. Pemenang pingat emas TeLIC 2019, Dr. Noor Syuhadah Subki dengan produk inovasi yang bertajuk “Interactive approach of learning waste management and pollution management course” telah dipilih untuk menyertai International University Carnival On E-Learning (IUCEL 2019) yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 21 dan 22 Ogos 2019 akan datang.

TELIC1   TELIC2

QR CODE

Buletin FSB

2017
 Jan June 2017 v4 BM Aug2017 2 

Edisi Jan -Jun

   JUL DIS 2017 BM Opie V2 recovered

Edisi Jul - Dis

2018

jan jun2018

Edisi Jan - Jul

 

 2018

Edisi Ogos - Dis

     
     

Buku Laporan Tahunan

2017
 
BUKU LAPORAN TAHUNAN FSB 2017
 

  

{/tabs}

 

Log Masuk

Sertai Kami Di Facebook